bajet 2010 dan jangkaan bonus perkhidmatan awam

Petang esok, Jumaat 23 , Oktober 2009, PM akan membentangkan bajet 2010 sekitar jam 3 petang. rakyat menjangka bajet yang mesra rakyat dan bajet berjiwa rakyat; sebabnya dengan semangat 1Malaysia rakyat didahulukan; pencapaian diutamakan.

bagi anggota perkhidman awam, meskipun tidak begitu digembar-gemburkan, mereka turut menjangka adanya pemberian bonus tahun ini. CUEPACs baru=-baru ini telah memohon agar anggota perkhidmatan awam diberikan bonus ini . Sekurang-kurangnya sebulan gaji.

Maka, petang esok, bersama-samalah kita mengikuti siaran langsung melalui tv dan radio pembentangan ini untuk mendengar berita-berita terkini tentang peraancangan dasar dan program pembangunan negara kita Malaysia.

Jika ada berita baik tentang perkara-perkara yang lebih menarik tentang bajet yang melibatkan penghidupan kita semua sebagai rakyat Malaysia, lebih-leibih lagi insentif-insentif baru termasuk pemberian bonus sila beri komen anda. Terima kasih.