Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Zaini Mohamad serta keluarga di Kuching Sarawak.
Bulan ramadan kita berpuasa
Kita beribadah meningkatkan pahala
Aidilfitri di syawal mulia
Ampun dan maaf segera dipinta
Zakat fitrah jangan dilengah
mendekati syawal harus tunaikan
menyambut aidilfitri jangan bermegah
tingkatkan rasa keinsafan, penuh kesyukuran
Dari kuching pergi ke kapit
singgah sebentar di bandar sibu
menghilir ke hulu perlu berakit
belaga nan jauh tempat dituju
Pagi ini, blogger dan bakal blogger Jabatan Penerangan Negeri Sarawak dah siapsiaga untuk memblog kabar-kabar siang dan malam dari negeri Sarawak untuk dikongsi dengan rakyat di luar sana juga rakyat luar negara. Blogger-blogger ini dibekalkan dengan senjata yang penting iaitu jari, mata, komputer dan pemikiran rasional mereka.
Ada orang kata, kerja blogger ini memang menarik, senantiasa saja ada perkara-perkara baru untuk dikhabarkan. Bagi sesetengah blogger yang banyak masa pula, lain jadinya, mereka sentiasa memblog dan memblog. Makan ingat blog, mandi ingat blog, tido mimpi blog .... ya asalkan di pejabat jangan memblog perkara yang tidak penting. Awas jadi goblok !!!!
Tahniah kepada saudara saudari,
Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa kakitangan kumpulan sokongan akan menerima bantuan khas sejumlah RM500 untuk sambutan hariraya aidilfitri yang akan datang. Ada harapan lah tok , berkumpullah kita di sego........laksawan u...jangan lupa kamek orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)